Monday, 10 October 2016

Integrasi pelbagai budaya di Malaysia...

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan menyambut hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari Raya Puasa.Hari raya ini setelah menghabiskan puasa pada bulan Ramadan.Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal(rukyah)dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut husap berdasarkan Takwim Tahun Islam.kebiasaannya,apabilasudah ditentukan 1 Syawal itu ,pada malamnya umat islam beramai-ramai bertadbir hari raya di masjid atau surau. Tarikh Hari Raya Aidil Fitri adalah sentiasa tetap dan sama iaitu bulan ke 10 dalam takwim Hijrah..Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kelender masihi kerana kelender Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kelender Masihi pula mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari.Oleh itu,tarikh hari raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun.Dengan beza lebih kurang 10 hingga 15 hari. Semua umat islam lelaki dan peremouan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah.Di Negara kita,sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.Selain itu,umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga.Kadar nilai zakat ditentukan oleh harga semasa beras,iaitu makanan asasi di Negara.

Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan “Feng Shui”, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat. Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga. Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua) kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, Opera Cina, dan mengimbang bendera besar yang dipanggil "Chingay"

Image result for perayaan cina & melayu      Image result for perayaan  melayu

Oleh : Mark Jedidaiah
part 1..

Semangat Perkauman !


Pada era globalisasi kini, semangat perkauman dalam kalangan remaja di Malaysia semakin kuat. Hal ini tidak dapat dicanggah oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan sifat naluri semula jadi manusia untuk bersifat perkauman. Namun begitu, sifat pekauman bukanlah perkara yang sentiasa negatif. Terdapat juga kebaikan-kebaikan yang ada dalam semangat perkauman ini. Antara kesan-kesan positif dalam isu perpaduan dan perkauman ialah wujudnya konsep 1 Malaysia satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira samaada melayu, cina, mahupun india, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati pegangan dan kepercayaan yang tersendiri. Kita tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitivity bangsa lain. Justeru,setiap sokongan lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai salah satu instiatif dalam mengekalkan perpaduan. Sifat perkauman yang positif dalam erti kata rasa cinta atau kasih kepada bangsa sendiri seperti kepada kaum keluarga, jiran, negeri atau negara adalah fitrah dan sifat semula jadi manusia ujar Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa
“Perkauman tidak semestinya negative sahaja, seperti ciptaan dan amalan sesat barat. Jangan putar belit dan salah tafsir kenyataan saya.” Ujar beliau dalam sidang media hari ini.
Annuar berkata bangsa Cina dan India adalah antara bangsa yang kuat sifat perkauman seperti ini.
“Sebab itu kemana juga mereka merantau dan bermastautin mereka membentuk koloni seperti Little India atau Chinatown mereka sendiri. Mereka juga akan berjuang untuk mengekalkan budaya,bahasa dan juga sistem pendidikan mereka sendiri.”
Tambah beliau, Orang Melayu pun begitu, Orang Kelantan pun begitu.Ilmuan Islam Ibnu Khaldun menulis panjang lebar tentang peranan "rasa perkauman" yang positif.
“Rasulullah (saw) dari kaum Quraish,dilindungi oleh kaumnya dari di apa-apakan walau sebahgian mereka menolak risalah Islam yang di bawa baginda.” Katanya
Beliau berkata istilah racism atau perkauman ada positif dan negatifnya.
“Sifat perkauman negatif adalah sifat saling bermusuhan dan benci membenci antara satu sama lain, hanya kerana berbeza pangkat, warna kulit dan agama yang kerap digunakan oleh masyarakat barat.”

“Apabila Rasullah (saw) di Tanya adakah larangan asabiyyah (perkauman) itu bermaksud dilarang mengasihi kaum/bangsa sendiri? Nabi bersabda, "Tidak, kecuali bila kamu menolong kaummu kearah kezaliman."
Image result for semangat perkauman   Oleh : Yusreen Amlee

Etika Kewartawanan


           Etika Kewartawanan ialah suatu sistem yang merangkumi prinsip atau perilaku  yang  boleh membimbing para wartawan ke arah perilaku yang bertanggungjawab dan ini boleh membantu mereka membezakan keadaan dalam dua situasi yang bertentangan. Hal ini menjelaskan bahawa etika merupakan sekelompok garis panduan yang dibentuk khusus untuk memantau perilaku manusia. Kewartawanan misalnya, merupakan salah 
satu bidang yang memerlukan etika untuk memastikan perilaku pengamalnya sentiasa berada dalam landasan yang betul. Asas dalam mana-mana etika ialah kejujuran, maka kejujuran menjadi salah satu tunggak yang menyokong usaha memartabatkan etika kewartawanan. Konsep kejujuran ini boleh diperluas dengan melihatnya dalam perspektif  yang lebih luas iaitu kejujuran wartawan terhadap dirinya akan melahirkan rasa kesetiaan terhadap profesionnya dan organisasi tempat seseorang individu itu bekerja Kesetiaan terhadap profesion ialah kejujuran dalam memberi maklumat yang menjadi matlamat utama kewartawanan. Usaha untuk member maklumat yang benar, tepat dan lengkap merupakan hasil kejujuran terhadap profesion yang sekaligus menjunjung tinggi garis panduan etika kewartawanan yang disarankan.Menyediakan maklumat yang bena rmerupakan perkara pertama yang disenaraikan dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan  Malaysia (NUJM) dan Kod Wartawan Malaysia.

Kesimpulannya definisi kepada etika kewartawanan ialah tindakan, cara, cirri dan penulisan bagi seseorang wartawan dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Manakala konsep kewartawanan menurut Islam ialah wartawan berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat yang membawa masyarakat kearah kebaikan dan kewartawanan dijadikan sebagai ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas, kesungguhan ,tanggungjawab dan menyedari dengan penuh keinsafan bahawa tugas dan peranannya sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia ini. Etika kewartawanan secara umum nya ialah perlu wujudnya sifat kejujuran dalam diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk melaporkan berita yang benar dan sah tanpa melakukan sebarang perubahan fakta mengenai sesuatu berita, berita yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta yang perlu dirahsiakan dan sebagainya. Hal ini kerana tanpa sikap kejujuran dalam diri seseorang wartawan ianya adalah menyalahi etika  kewartawanan. Manakala, etika kewartawanan menurut  Islam ialah seseorang wartawan itu perlu mengamalkan disiplin ilmu dalam periwayatan hadis sebagai cara untuk mentafsir, menganalisis dan menggunakan sesuatu sumber untuk melaporkan berita.

Image result for wartawan   By :Khai Soon

Sunday, 9 October 2016

Penyebaran Fitnah !

Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.
Pada zaman dahulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan penulisan yakni surat. Proses menulis dan menghantar surat biasanya lambat. Akan tetapi, disebabkan hawa nafsu yang menguasai diri, setiap pemfitnah kan berusaha menyebarkan berita fitnah itu dengan cepat melalui pelbagai cara dan kaedah. Keadaan ini berbeza dengan zaman sekarang. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta perkembangannya yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan daripada pihak yang berwajib.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Mengumpat ialah kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka. Para sahabat bertanya: bagaimana kalau yang diperkatakan itu benar berlaku pada saudara kami? Jawab Rasulullah s.a.w, jika apa yang kamu perkatakan itu benar maka kamu telah mengumpat saudara kamu. Tetapi sekiranya tidak benar, maka kamu telah melakukan pembohongan (fitnah) terhadapnya.”(Omar, 2005)

Keupayaan seseorang dalam menyampaikan maklumat kepada pihak lain tidak dapat dikawal. Namun, aianya hanya dapat dikawal oleh individu itu sendiri. Kita tidak menafikan kebaikan teknologi maklumat dalam kehidupan kita seharian. Dengan kemajuan yang ada perkembangan teknologi dapat membantu dan memudahkan urusan harian seseorang. Sebagai contoh dalam urusan pembayaran bil, pembelian barangan keperluan, dan sebagainya. Ianya dapat dilakukan secara atas talian (online) dengan mengambil masa yang begitu singkat. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi ini juga memberi kesan yang negatif dalam kehidupan kita seharian. Fitnah dan berita palsu dapat disebarkan oleh sesiapa sahaja. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai anasir negatif seperti pergaduhan, perhubungan bebas dan sebagainya.

Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita hanya melihat fitnah melalui media baharu ini sebagai satu masalah yang kecil namun, tahukah kita bahawa kesannya amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal dan dibendung dengan betu oleh pihak yang berwajib.
            Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat. 

                                                                                                         Oleh : Bismaratan.

Tuesday, 27 September 2016

Topik


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, tujuan e-majalah ini dibina adalah untuk memenuhi kehendak kursus modul DUA6022 Penyiaran & Komunikasi Islam. Ia bertujuan untuk mengupas serta membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat di negara kita,Malaysia. Antara topik yang akan dibincangkan :

Topik
Penulis
Konsep persaudaraan dalam kalangan pelajar.
Alvin
Konsep kejiranan dalam masyarakat di Malaysia.
Fahmi
Had pergaulan antara keluar di dalam Agama Islam
Amzar
Integrasi pelbagai budaya di Malaysia
Mark
Sifat positif perkauman di insitusi
Yusreen
Masalah penyebaran fitnah !
Bisma
Ciri-ciri etika kewartawanan
Leong
Unsur karut dalam filem ?
Islam

Friday, 23 September 2016

Siapa kami ?


Kami merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik(Komunikasi) tahun akhir di Politeknik Seberang Perai :
NAMA
NO.MATRIK
MUHAMMAD SYAWAL BIN ZAINUDDIN
10DEP14F1036
 ALVIN A/L YINAB
10DEP14F1090
MUHAMMAD NURUL ISLAM BIN IBRAHIM
10DEP14F1088
 LEONG KHAI SOON
10DEP14F1044
BISMARATAN A/L THANIMALAI
10DEP14F1034
 MUHAMMAD FAHMI FIKRI BIN MOHD ZABRI
10DEP14F1024
 ARVINTHRAN A/L THENNARAYASU
10DEP14F1012
MUHAMMAD AMZAR BIN KHAIRUDDIN
10DEP14F1018
 MARK JEDIDAIAH RAJ A/L NELSON RAJ
10DEP14F1004
 YUSREEN AMLEE BIN ZUBIR
10DEP14F1008



Wednesday, 21 September 2016