Saturday 15 October 2016

Batas Pergaulan Antara Keluarga, Amzar

SEKIAN LAMA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA, PERNAH TERTANYA?
Apakah batasan aku dengan ibu mertua?
Apakah aku dikira mahram atau ajanib?
Apakah keterbatasan aku dengan ibu mertua tiri ini?
Adakah boleh bersalaman dengan beliau?

Adakah beliau boleh mendedahkan auratnya (Rambut) ?

Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang-memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati ke dua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu halku”.
Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30 surah an-Nur

قُلْلِّلْمُؤْمِنِيْنَيَغُضُّوامِنْأَبْصَارِهِمْوَيَحْفَظُوْافُرُوْجَهُمْ
Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.

Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan menyebut ‘merendahkan pandangan’ keatas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina.

Ahmad Shauqi pernah bermadah:
نَظْرَةٌفَابْتِسَامَةٌفَسَلاَمٌفَكَلاَمٌفَمَوْعِدٌفَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian senyum-senyum lantaran berkirim-salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan lantaran diakhiri dengan pertemuan. Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua mata.

ADAKAH BAPA MERTUA SAMA DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA MERTUA TIRI)?

Persoalan sebegini memang selalu berlegar di dalam masyarakat. Persoalan ini timbul adalah kerana tidak dapat menentukan hubungan seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami, adakah mahram atau bukan mahram ?

Keterangannya adalah seperti berikut:

1- Di dalam surah an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan yang diharamkan keatas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu. Sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut: Kerabat, Susuan & Musoharah (perkahwinan)

Berdasarkan persoalan yang diajukan, kita hendaklah lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan bapa tiri bagi suami dan apakah hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa yang lebih ringkas bolehlah kita katakana hubungan bapa tiri bagi suami dengan perempuan terbabit adalah hubungan sebagai bapa mertua tiri dengan menantu tiri.

2- Pokok perbahasan bagi permasalahan ini adalah ayat 23 surah an-Nisa:

وَحَلاَئِلُأَبْنَائِكُمُالَّذِيْنَمِنْأَصْلاَبِكُمْ
Maksud: (Dan diharamkan bagi kamu) isteri-isteri anak kandung mu (menantu).

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah Allah Taala menegah seseorang lelaki berkahwin hanyalah dengan isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم .Pengharaman itu juga termasuk isteri bagi anak susu kerana berdasarkan hadis:
وَيَحْرُمُمِنَالرَّضَاعِمَايَحْرُمُمِنَالنَّسَبِ
Maksud: Diharamkan daripada susuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Justeru itu, bapa mertua yang menjadi mahram muabbad (selama-selamanya) bagi seseorang perempuan (menantu), adalah daripada nasab dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa mertua terbabit merupakan bapa kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami seperti mana yang telah dinyatakan di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis. Lantaran itu bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri) bukanlah menjadi mahram bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan tersebut meninggal dunia, maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri untuk berkahwin dengan perempuan tersebut (menantu tiri).


No comments:

Post a Comment