Sunday 16 October 2016

Akhir Kata.....

Dengan adanya E-majalah Magika!, ia merupakan satu platform untuk berkongsi maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan seorang pelajar bersama para pembaca yang dikasihi sekalian. Magika! merupakan sebuah e-majalah yang direka oleh pelajar semester akhir Politeknik Seberang Perai. Ia bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus DUA6022 Komunikasi & Penyiaran Islam. Magika! dipilih sebagai nama e-majalah kerana ia bersesuaian dengan media elektronik yang kian berkembang pesat pada masa kini. 

Faktor-faktor topik ini dipilih kerana ia merupakan perkara yang merisaukan masyarakat pada masa kini. Oleh itu, kami terdetik untuk mengupas topik-topik tersebut dengan ringkas dan padat. Ia juga dapat menceritakan dan memberi info kepada para pembaca. Para pembaca juga dapat menambahkan ilmu yang dikongsikan oleh kami.

Sebagai penyelaras Magika!, saya berharap agar semua pembaca dapat menerima dan mengambil inisiatif berkaitan topik yang dibincangkan. Berharap juga e-majalah ini dapat memberikan kesan positif kepada semua warga pembaca. Sekian, Terima kasih.

"Kejujuran itu bermula dari HATI "



Yang Ikhlas, Muhammad Syawal..


Sidang Redaksi





Sidang Redaksi E-Majalah Magika!


Saturday 15 October 2016

Batas Pergaulan Antara Keluarga, Amzar

SEKIAN LAMA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA, PERNAH TERTANYA?
Apakah batasan aku dengan ibu mertua?
Apakah aku dikira mahram atau ajanib?
Apakah keterbatasan aku dengan ibu mertua tiri ini?
Adakah boleh bersalaman dengan beliau?

Adakah beliau boleh mendedahkan auratnya (Rambut) ?

Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang-memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati ke dua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu halku”.
Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30 surah an-Nur

قُلْلِّلْمُؤْمِنِيْنَيَغُضُّوامِنْأَبْصَارِهِمْوَيَحْفَظُوْافُرُوْجَهُمْ
Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.

Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan menyebut ‘merendahkan pandangan’ keatas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina.

Ahmad Shauqi pernah bermadah:
نَظْرَةٌفَابْتِسَامَةٌفَسَلاَمٌفَكَلاَمٌفَمَوْعِدٌفَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian senyum-senyum lantaran berkirim-salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan lantaran diakhiri dengan pertemuan. Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua mata.

ADAKAH BAPA MERTUA SAMA DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA MERTUA TIRI)?

Persoalan sebegini memang selalu berlegar di dalam masyarakat. Persoalan ini timbul adalah kerana tidak dapat menentukan hubungan seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami, adakah mahram atau bukan mahram ?

Keterangannya adalah seperti berikut:

1- Di dalam surah an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan yang diharamkan keatas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu. Sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut: Kerabat, Susuan & Musoharah (perkahwinan)

Berdasarkan persoalan yang diajukan, kita hendaklah lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan bapa tiri bagi suami dan apakah hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa yang lebih ringkas bolehlah kita katakana hubungan bapa tiri bagi suami dengan perempuan terbabit adalah hubungan sebagai bapa mertua tiri dengan menantu tiri.

2- Pokok perbahasan bagi permasalahan ini adalah ayat 23 surah an-Nisa:

وَحَلاَئِلُأَبْنَائِكُمُالَّذِيْنَمِنْأَصْلاَبِكُمْ
Maksud: (Dan diharamkan bagi kamu) isteri-isteri anak kandung mu (menantu).

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah Allah Taala menegah seseorang lelaki berkahwin hanyalah dengan isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم .Pengharaman itu juga termasuk isteri bagi anak susu kerana berdasarkan hadis:
وَيَحْرُمُمِنَالرَّضَاعِمَايَحْرُمُمِنَالنَّسَبِ
Maksud: Diharamkan daripada susuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Justeru itu, bapa mertua yang menjadi mahram muabbad (selama-selamanya) bagi seseorang perempuan (menantu), adalah daripada nasab dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa mertua terbabit merupakan bapa kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami seperti mana yang telah dinyatakan di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis. Lantaran itu bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri) bukanlah menjadi mahram bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan tersebut meninggal dunia, maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri untuk berkahwin dengan perempuan tersebut (menantu tiri).


Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem, Nurul Islam

Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar. Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan  mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak.
Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami mengupas lebih lanjut tentang unsur-unsur khurafat dalam filem.

Menurut kitab Al-Mu'jam al-wasit,khurafat ialah cerita-cerita yan mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta.Mengikut kamus al-Marbawi,khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta. Pendapat lain menyebut bahawa khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenaran.Berdasarkan takrif tersebut,dapat disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng(lagenda),karut dan memyimpang dari ajaran Islam. Istilah tahayul pula bermaksud semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan , ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran islam. Tahayul meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampur aduk denan perkara-perkara yang dusta.kepercayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam masyarakat,tamadun dan, peradaban yang direka serta bercanggah dengan ajaran islam. Ketiga-tiga istilah mempunyai maksud dan perkaitan yang rapat antara satu sama lain.



Ciri-Ciri Khurafat Dan Tahayul Dalam Penerbitan

Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khuurafat dan tahayul seperti yang berikut:

·         Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas  syarak sama ada al-Quran atau hadis.
·         Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda,rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
·         Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam

Contoh-Contoh Amalan Khurafat Dan Tahayul
Contoh-contoh amalan khurafat dan tahayul seperti yang berikut:

Khurafat:
  • ·     Menanam sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
  • ·         Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
  • ·     Jika sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini  pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan negara.


Tahayul:
  • ·         Kepercayaan kepada keramat seperti kubur,pokok,kayu dan seump amanya.
  • ·         Kepercayaan kepada nasib sial,seperti adat membuang sial.
  • ·         Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya,umpamanya adat memuja kampung.


Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahayul ialah SYIRIK. Dalam Islam, percaya kepada benda-benda khurafat dan tahayul, misalnya benda-benda keramat seperti pokok, kubur,telaga dan sebagainya serta yakin terhadap kuasa selain daripada Allah SWT ialah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid. Antara bentuk-bentuk keramat,khurafat,tahyul dan kebudayaan karut yang dipercayai oleh masyarakat yang terdapat dalam media hari ini.

  • ·     Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya.
  •    Menganggap keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu.
  •    Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
  •    Cerita-cerita yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud: “Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam.” (Hadis riwayat Tabarani)

Wednesday 12 October 2016

Konsep kejiranan dalam masyarakat di Malaysia.

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan menghargai keamanan yang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan dan persaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan,keselamatan dan ketenteraman di negara ini.

Mereka akan membantu melihat-lihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan. Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting. Melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Agama dan Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar, bukan hanya  setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah, umpama peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya tersebut. Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama mengamalkannya.
Image result for konsep kejiranan
CIMB-Cina India Melayu Bersatu !!

Oleh : Fahmi 


Konsep Persaudaraan Kalangan Pelajar.

Walaupun telah 59 tahun kita merdeka dengan pelbagai kejayaan gemilang yang kita peroleh,dengan kemajuan yang semakin pesat serta kemakmuran yang semakin melata, kita seringkali dibelenggu oleh pelbagai isu nasional termasuklah masalah sosial yang tidak putus-putus. Kemelut sosial ini yang menjadi ’barah’ besar rakyat di negara ini harus dihadapi denganpenuh persediaan . Apabila negara semakin maju serta mencapai segala bentuk kemajuan material, kekangan besar mereka adalah modus operandi untuk memimpin golongan muda terutama golongan pelajar agar menghargai kemerdekaan. Penghargaan ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana tanpa diberi pemahaman yang jelas pasti kemerdekaanini akan tinggal sejarah.Anak-anak muda alaf baru hanya mengenal merdeka dari kaca mata sejarah. Kemerdekaan yang dicapai tidak dilihat daripada perspektif pengorbanan, maruah diri dan perpaduan. Kefahaman tentang merdeka itu hanya diberi sekadar kulit dan material. Budaya kasih akan negara, cinta akan kedamaian dan keazaman untuk menghancurkan segala anasir buruk yang hendak menghancurkan negara pasti tidak berlaku, sekiranya erti merdeka tidak ditanam sedalam-dalamnya pemahaman dan falsafah merdeka harus diterjemah dengan makna daninterpretasi yang jelas khususnya dalam memimpin generasi muda. Mereka harus dididikdengan jelas tentang rasionalnya mereka harus memahami makna merdeka dan bagaimana mereka harus membuktikan kesetiaan dan kasih mereka akan negara secara jelas dan benar.
Pengenalan Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkankecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dankebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan . Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolahserta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yangseimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. Perkara menjadikan diri mereka begitu unik. Namun, masih ramai yang menganggap kerjamenulis mudah dan tidak perlu satu masa yang panjang untuk menguasainya. Peribahasa'sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” membuktikan bahawa untuk menjadipenulis yang berjaya, seseorang itu memerlukan masa yang panjang untuk menguasainya.

Dalam pandangan hidup Islam, setiap Muslim adalah bersaudara. Maka, adalah penting untuk kita menyuburkan persaudaraan tersebut. Persaudaraan itu dapat disuburkan dengan pelbagai cara, antaranya mendoakan sesama Muslim, memberikan salam, senyum, berjabat tangan bila bertemu, tolong-menolong dalam perkara kebaikan, menjaga kehormatan dan menyuburkan persaudaraan tersebut dengan kasih-sayang.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda “bahawa kesempurnaan iman seorang Muslim ada kaitannya dengan rasa kasihnya terhadap sesama Muslim yang lain”.
Malah, dalam hadis lain (hadis riwayat Abu Daud) pula, “Rasulullah SAW menasihati seorang Muslim yang amat menyayangi sahabat seagamanya agar menyatakan perasaan tersebut kepada saudaranya itu.”
Begitulah tingginya kasih-sayang serta persaudaraan Islam dalam pandangan hidup Islam. Oleh itu, sama-samalah kita mengeratkan kembali persaudaraan sesama Muslim. Malah, dengan berada di tempat pengajian kita mempunyai lebih peluang untuk mengeratkan persaudaraan itu. Inilah masanya kita memohon maaf sesama kita dan mengeratkan semula hubungan dengan saling kunjung-mengunjungi sesama kita. Ambillah peluang yang terbentang ini. Maafkanlah pertelingkahan dan salah-faham yang lalu. Kunjung-mengunjung sesama kita, tanyakan khabar dan eratkan kembali persaudaran yang semakin longgar. 
pljr

Oleh : Alvin 

Monday 10 October 2016

Integrasi pelbagai budaya di Malaysia...Part 2..

Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Perayaan kaum India ini dipanggil “Deepavali”.Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada 22 Oktober/November atau ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Selain itu, mereka juga menyambut hari Thaipusam.Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma. Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, “kavadi” akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.


Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru. Untuk menyambut perayaan ini, kebiasaannya mereka akan membersihkan rumah serta kubur nenek moyang mereka. Sehari sebelum perayaan ini kesemua anggota keluarga akan berkumpul dan ahli keluarga yang paling muda akan menawarkan hidangan yang disediakan khas kepada kedua orang tua mereka. Pada perayaan ini juga, mereka akan menari dan mengenakan pakaian tradisional sambil menikmati “Tuak” iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada nasi. Perayaan  bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah kaum Kadazan  Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.

Ia merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.  Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar.Hari pertama perayaan jatuh pada pada 31 hb Mei dan hari kedua pada 1 hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun dan dipanggil menggulung tikar. Perayaan Pada Hari Gawai Dayak. Nasi pulut "pansuh" (lemang) akan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperolehi jika dimasak dalam periuk.Nasi pulut ini adalah dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan dikalangan komuniti itu yang menjamahnya. Nasi pulut juga digunakan membuat nasi manis dan tuak,sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membalaing tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang. Majlis penutupan Gawai Dayak akan diadakan dengan acara simbolik menggulung tikar yang dipanggil "Ngiling bidai" oleh kaum Iban. Acara ini merupakan maljis kecil atau sederhana di mana ada makan minum setakat yang masih ada, pokok ranyai yang lebih kecil boleh didirikan, diikuti tarian ngajat sekurang-kurangnya dan tuak peruk mungkin dihidangkan. Ruak peruk disediakan daripada hampas nasi pulut yang tinggal dalam tempayan setelah air tuaknya hampir habis diminum. Jadi, tuak peruk selalunya berwarna putih. Akhir sekali, sebuah tikar yang dipanggil "bidai" akan digulung untuk menandakan tutupnya perayaan Gawai Dayak.

Pesta keamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau"merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan Tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan Gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama mereka. Akhirnya,interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.

Oleh: Maek Jedidaiah