Saturday 15 October 2016

Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem, Nurul Islam

Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar. Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan  mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak.
Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami mengupas lebih lanjut tentang unsur-unsur khurafat dalam filem.

Menurut kitab Al-Mu'jam al-wasit,khurafat ialah cerita-cerita yan mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta.Mengikut kamus al-Marbawi,khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta. Pendapat lain menyebut bahawa khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenaran.Berdasarkan takrif tersebut,dapat disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng(lagenda),karut dan memyimpang dari ajaran Islam. Istilah tahayul pula bermaksud semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan , ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran islam. Tahayul meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampur aduk denan perkara-perkara yang dusta.kepercayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam masyarakat,tamadun dan, peradaban yang direka serta bercanggah dengan ajaran islam. Ketiga-tiga istilah mempunyai maksud dan perkaitan yang rapat antara satu sama lain.



Ciri-Ciri Khurafat Dan Tahayul Dalam Penerbitan

Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khuurafat dan tahayul seperti yang berikut:

·         Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas  syarak sama ada al-Quran atau hadis.
·         Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda,rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
·         Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam

Contoh-Contoh Amalan Khurafat Dan Tahayul
Contoh-contoh amalan khurafat dan tahayul seperti yang berikut:

Khurafat:
  • ·     Menanam sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
  • ·         Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
  • ·     Jika sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini  pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan negara.


Tahayul:
  • ·         Kepercayaan kepada keramat seperti kubur,pokok,kayu dan seump amanya.
  • ·         Kepercayaan kepada nasib sial,seperti adat membuang sial.
  • ·         Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya,umpamanya adat memuja kampung.


Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahayul ialah SYIRIK. Dalam Islam, percaya kepada benda-benda khurafat dan tahayul, misalnya benda-benda keramat seperti pokok, kubur,telaga dan sebagainya serta yakin terhadap kuasa selain daripada Allah SWT ialah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid. Antara bentuk-bentuk keramat,khurafat,tahyul dan kebudayaan karut yang dipercayai oleh masyarakat yang terdapat dalam media hari ini.

  • ·     Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya.
  •    Menganggap keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu.
  •    Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
  •    Cerita-cerita yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud: “Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam.” (Hadis riwayat Tabarani)

No comments:

Post a Comment