Monday 10 October 2016

Integrasi pelbagai budaya di Malaysia...

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan menyambut hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari Raya Puasa.Hari raya ini setelah menghabiskan puasa pada bulan Ramadan.Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal(rukyah)dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut husap berdasarkan Takwim Tahun Islam.kebiasaannya,apabilasudah ditentukan 1 Syawal itu ,pada malamnya umat islam beramai-ramai bertadbir hari raya di masjid atau surau. Tarikh Hari Raya Aidil Fitri adalah sentiasa tetap dan sama iaitu bulan ke 10 dalam takwim Hijrah..Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kelender masihi kerana kelender Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kelender Masihi pula mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari.Oleh itu,tarikh hari raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun.Dengan beza lebih kurang 10 hingga 15 hari. Semua umat islam lelaki dan peremouan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah.Di Negara kita,sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.Selain itu,umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga.Kadar nilai zakat ditentukan oleh harga semasa beras,iaitu makanan asasi di Negara.

Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan “Feng Shui”, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat. Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga. Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua) kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, Opera Cina, dan mengimbang bendera besar yang dipanggil "Chingay"

Image result for perayaan cina & melayu      Image result for perayaan  melayu

Oleh : Mark Jedidaiah
part 1..

No comments:

Post a Comment