Monday 10 October 2016

Etika Kewartawanan


           Etika Kewartawanan ialah suatu sistem yang merangkumi prinsip atau perilaku  yang  boleh membimbing para wartawan ke arah perilaku yang bertanggungjawab dan ini boleh membantu mereka membezakan keadaan dalam dua situasi yang bertentangan. Hal ini menjelaskan bahawa etika merupakan sekelompok garis panduan yang dibentuk khusus untuk memantau perilaku manusia. Kewartawanan misalnya, merupakan salah 
satu bidang yang memerlukan etika untuk memastikan perilaku pengamalnya sentiasa berada dalam landasan yang betul. Asas dalam mana-mana etika ialah kejujuran, maka kejujuran menjadi salah satu tunggak yang menyokong usaha memartabatkan etika kewartawanan. Konsep kejujuran ini boleh diperluas dengan melihatnya dalam perspektif  yang lebih luas iaitu kejujuran wartawan terhadap dirinya akan melahirkan rasa kesetiaan terhadap profesionnya dan organisasi tempat seseorang individu itu bekerja Kesetiaan terhadap profesion ialah kejujuran dalam memberi maklumat yang menjadi matlamat utama kewartawanan. Usaha untuk member maklumat yang benar, tepat dan lengkap merupakan hasil kejujuran terhadap profesion yang sekaligus menjunjung tinggi garis panduan etika kewartawanan yang disarankan.Menyediakan maklumat yang bena rmerupakan perkara pertama yang disenaraikan dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan  Malaysia (NUJM) dan Kod Wartawan Malaysia.

Kesimpulannya definisi kepada etika kewartawanan ialah tindakan, cara, cirri dan penulisan bagi seseorang wartawan dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Manakala konsep kewartawanan menurut Islam ialah wartawan berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat yang membawa masyarakat kearah kebaikan dan kewartawanan dijadikan sebagai ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas, kesungguhan ,tanggungjawab dan menyedari dengan penuh keinsafan bahawa tugas dan peranannya sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia ini. Etika kewartawanan secara umum nya ialah perlu wujudnya sifat kejujuran dalam diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk melaporkan berita yang benar dan sah tanpa melakukan sebarang perubahan fakta mengenai sesuatu berita, berita yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta yang perlu dirahsiakan dan sebagainya. Hal ini kerana tanpa sikap kejujuran dalam diri seseorang wartawan ianya adalah menyalahi etika  kewartawanan. Manakala, etika kewartawanan menurut  Islam ialah seseorang wartawan itu perlu mengamalkan disiplin ilmu dalam periwayatan hadis sebagai cara untuk mentafsir, menganalisis dan menggunakan sesuatu sumber untuk melaporkan berita.

Image result for wartawan   By :Khai Soon

No comments:

Post a Comment