SEKIAN LAMA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA,
PERNAH TERTANYA?
Apakah
batasan aku dengan ibu mertua?
Apakah
aku dikira mahram atau ajanib?
Apakah
keterbatasan aku dengan ibu mertua tiri ini?
Adakah
boleh bersalaman dengan beliau?
Adakah
beliau boleh mendedahkan auratnya (Rambut) ?
Suatu
hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada
seorang wanita dan mereka saling pandang-memandang. Lantas Syaitan mencampakkan
ke dalam hati ke dua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan
memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya.
Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak
akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu halku”.
Maka
dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda:
“Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”.
Lalu turunlah ayat 30 surah an-Nur
قُلْلِّلْمُؤْمِنِيْنَيَغُضُّوامِنْأَبْصَارِهِمْوَيَحْفَظُوْافُرُوْجَهُمْ
Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah
mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.
Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan
menyebut ‘merendahkan pandangan’ keatas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat rahsia
tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah kepada perkara
yang lebih besar seperti berlaku zina.
Ahmad Shauqi pernah bermadah:
نَظْرَةٌفَابْتِسَامَةٌفَسَلاَمٌفَكَلاَمٌفَمَوْعِدٌفَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian
senyum-senyum lantaran berkirim-salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan lantaran
diakhiri dengan pertemuan. Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua mata.
ADAKAH
BAPA MERTUA SAMA DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA MERTUA TIRI)?
Persoalan
sebegini memang selalu berlegar di dalam masyarakat. Persoalan ini timbul adalah
kerana tidak dapat menentukan hubungan seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami,
adakah mahram atau bukan mahram ?
Keterangannya
adalah seperti berikut:
1-
Di dalam surah an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan
yang diharamkan keatas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu.
Sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut: Kerabat, Susuan & Musoharah
(perkahwinan)
Berdasarkan
persoalan yang diajukan, kita hendaklah lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan
bapa tiri bagi suami dan apakah hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa
yang lebih ringkas bolehlah kita katakana hubungan bapa tiri bagi suami dengan perempuan
terbabit adalah hubungan sebagai bapa mertua tiri dengan menantu tiri.
2-
Pokok perbahasan bagi permasalahan ini adalah ayat 23 surah an-Nisa:
وَحَلاَئِلُأَبْنَائِكُمُالَّذِيْنَمِنْأَصْلاَبِكُمْ
Maksud:
(Dan diharamkan bagi kamu) isteri-isteri anak kandung mu (menantu).
Berdasarkan
ayat tersebut jelaslah Allah Taala menegah seseorang lelaki berkahwin hanyalah dengan
isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم .Pengharaman itu juga
termasuk isteri bagi anak susu kerana berdasarkan hadis:
وَيَحْرُمُمِنَالرَّضَاعِمَايَحْرُمُمِنَالنَّسَبِ
Maksud:
Diharamkan daripada susuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab. Hadis
riwayat Imam Bukhari.
Justeru
itu, bapa mertua yang menjadi mahram muabbad (selama-selamanya) bagi seseorang perempuan
(menantu), adalah daripada nasab dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa mertua
terbabit merupakan bapa kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami seperti
mana yang telah dinyatakan di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis.
Lantaran itu bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri) bukanlah menjadi mahram
bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan tersebut meninggal dunia,
maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri untuk berkahwin dengan perempuan
tersebut (menantu tiri).